-->

Tinta Penulis Muda

Free Badge by Kay SBK





eisya join satu segmen yang kay anjurkan..
tarikh tutupnye ialah pade esok hari-28/7/2012 tepat jam 10 pagi...siapa cepat dia dapat tau! :)

details:
~warna kelopak:pink
~warna border bulatan:kuning
~warna bulatan:putih
~warna tulisan dlam bulatan:putih polkadot
~nak tulis:eisya penulis muda
~eisya nak letak link blog eisya ye dlam tu:http://tintapenulismuda.blogspot.com
p/s:eisya nak mintak kay letak icon cute yang sesuai dalam badge tu...
tapi,eisya nak banner tau,bukan badge...


time kasih banyak2 ye kay... ^_^


yang menulis,eisya_nur. :D
SuKE eNtRy InI?kLiH lIke Ye! ^_^

Posted by Nur Aisyah at 07:52 1 budak hasil karya best

novel online-HADIAH UNTUK IBU (bab 4)


"Murid-murid,kurang 3 bulan dari sekarang kita akan menghadapi PMR.Jadi,cikgu harap kamu semua dapat buat persiapan yang rapi.Tumpukan sepenuh perhatian kamu kepada pelajaran sekarang ini.Jangan asyik fikir pasal benda lain.Faham semua?"

Anggukan berkali-kali oleh murid-murid melegakan hati Puan Sarah.Dia yakin bahawa pelajar pelajarnya sudah membuat persiapan sebaik mungkin untuk menghadapi PMR.

Puan Sarah perasan bahawa Farhana seperti tidak mendengar kata-katanya.Kelihatan dia termenung jauh.Sesekali kedengaran Ana mengeluh seperti memikirkan masalah negara.

"Ana,kenapa dengan awak ni?Saya tengok awak asyik termenung je.Kadang-kadang mengeluh macam ada masalah besar je.Awak takde ape-ape yang nak diceritakan kepada saya ke?"tegur Puan Sarah sewaktu melintasi meja Farhana untuk keluar.

"Err....takde ape-ape cikgu.Saya termenung fikir pasal peperiksaan tu je.Cikgu jangan risau pasal saya ye."Ana cuba berdalih dengan gurunya.

"Baiklah kalau awak takde ape-ape yang nak diceritakan kepada saya.Pasal peperiksaan tu,saya percaya awak boleh asalkan awak sentiaa concentrate pada pelajaran awak.Awak salah seorang pelajar harapan di sekolah ni.Jadi,tolong jangan hampakan cikgu dan semua warga sekolah ni."

Puan Sarah berlalu keluar sejurus berkata kepada Ana.Dia yakin anak muridnya itu mampu menghadapi peperikssan kali ini seperti sebelumnya.Pelajar yang sering cemerlang dalam semua aspek pelajaram,ko-kurikulum,dan juga sahsiah itu sering menadi contoh buat semua murid-murid di sekolah.

Ana termangu-mangu apabila Puan Sarah berlalu behitu saja.Jauh di sudut hatinya dia sedih kerana terpaksa berbohong dengan guru kelasnya yang selam ini sudah dianggap seperti ibunya sendiri.Segala masalah Ana sering luahkan kepada gurunya itu.

"Ana!Ana!".Syuhadah melambai-lambaikan tangannya di hadapan Farhana.Ternyata Farhana terkejut dengan tindakan Syuhadah.

"Awak mengelamun lagi ye Ana?Kenapa ni?Apa sebenarnya masalah awak?Risau saya tengok awak macam ni."Syuhadah tidak putus-putus memujuk Farhana menceritakan perkara sebenar kepadanya.Dia tahu sahabatnya kini sedang menyembunyikan seseatu yang amat besar dengannya.

"Adah sayang.Saya okei je la.Mungkin penat sikit.Akhir-akhir ni saya sering berjaga malam.Sebab tu je.Awak jangan risau pasal saya ye."Bahu Syuhadah dipegang kejap.Ingin meyakinkan sahabatnya agar tudak mencurigainya lagi.

"Dahlah Ana.Malas saya nak layan awak ni.Kalau tak nak beritahu,takpelah.Saya tak kisah.Siapa la saya pada awak kan?Cuma kawan yang nak jaga tepi kain orang je."Syuhadah ingin berlalu tetapi tangannya pantas ditarik Farhana.

"Adah,please.Jangan cakap macam tu.Awak sahabat saya dunia akhirat.Saya tak nak awak cakap macam tu lagi.Kita kan sahabat.Betul,saya takde ape-ape masalah.Okei,saya janji kalau saya ade ape-ape masalah,saya akan beritahu awak."

Ana mengangkat tangan kanannya lagak orang berikrar sementara tangan kirinya mengangkat tabik kepada Syuhadah.

Tercuit hati Syuhadah dengan gelagat keanakan Farhana.Temannya itu memang genius bab-bab melawak.Ada sahaja lawaknya yang mencuit hati sesiapa yang melihatnya.

"Awak ni memang pandai nak pujuk saya kan.Baiklah,saya percaya kata-kata awak kali ni.Eh,ape kata petang ni kita buat study group.Peperiksaan dah nak dekat."Usul Syuhadah kepada Farhana.

"Maaf Adah.Petang ni tak boleh.Saya ade hal sikti nak buat dekat rumah.Saya nak cepat ni.Pergi dulu ye,Adah.Assalamualaikum."Tergesa-gesa Farhana meninggalkan Syuhadah yang terpinga-pinga.

Tergeleng-geleng Syuhadah melihat telatah Farhana.Semoga awak dapat selesaikan apa jua masalah awak Ana,doa Syuhadah di dalam hatinya.

nantikan smbungan novel onlina-HADIAH UNTUK IBU (bab 5)

yang menulis,
eisya_nur. :D

SuKE eNtRy InI?kLiH lIke Ye! ^_^

Posted by Nur Aisyah at 23:22 0 budak hasil karya best

novel online-HADIAH UNTUK IBU (bab 3)


"Ana,kenapa saya tengok awak gembira semacam je hari ni?Ada apa-apa berlaku ke?"Hairan Syuhadah melihat reaksi sahabatnya itu sejak pagi lagi.Sengih macam kerang busuk pulak nampak.

"Takde ape la Adah.Saya biasa-biasa je.Perasaan awak je tu kot.".Ana berdalih dengan Syuhadah.Walhal sebelum ini,dia sering menceritakan semua masalahnya kepada Syuhadah.Sememangnya Syuhadah adalah sahabat yang sentiasa ada bersamanya di saat susah dan senang.Tapi,untuk kali ini,dia belum bersedia untuk berterus-terang dengan Syuhadah.

"Ana,saya bukannya kenal awak semalam tau.Dari kecik lagi,saya rapat dengan awak.Saya tahu bila mana awak ada masalah atau awak gembira.Ceritalah kenapa awak gembira."Syuhadah tetap ingin membongkar apa rahsia yang disembunyikan Ana terhadapnya.

"Adah,kan saya dah kate takde ape.Saya biase je.Saya gembira sebab awak yang jadi sahabat saya."Ana cuba mengawal keadaan.Dia tidak mahu rahsianya terbongkar sekarang.

"Okeilah,kali ini awak menang.Tapi,kalau awak ade masalah atau cerita yang nak diluah,cerita je kat saya ye.Saya akan sentiasa untuk menjadi pendengar segala masalah dan kisah awak."Tangan Ana digenggam erat.

"Terima kasih,Adah.Awaklah sahabat saya dunia akhirat.Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya.Semoga ALLAH kekalkan persaudaraan kita ni untuk selamanya."

"Amin.Tade hal lah Ana.Kita kan dah macam adik beradik.Wajar saya bantu awak ketika awak dilanda masalah."Senyuman ikhklas terpancar di bibir Syuhadah.

"Dah lah,jom kita masuk kelas."lepas ni,subjek Sejarah.Kang mengamuk pulak Cikgu Amran kita masuk lewat."Syuhadah menarik tangan Ana supaya mempercepat langkahnya.

Mereka berjalan seiringan menuju ke kelas.

nantikan sambungannya di novel online-HADIAH UNTUK IBU (bab 4)

yang menulis,
eisya_nur. :D

SuKE eNtRy InI?kLiH lIke Ye! ^_^

Posted by Nur Aisyah at 19:06 0 budak hasil karya best
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Budiman

Penulis Karya

Eisya Nur
besut,terengganu
18 april 1996
love geng fiq'ra damn much ^^
sweet sixteen

Catatan Sejarah Penulisan

  • ▼  2012 (6)
    • ▼  July (1)
      • Free Badge by Kay SBK
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)

Blog Kegemaran

  • Nur Farahuda's blog
    Bermalam di Grand Paragon Hotel JB, untuk 1 malam
    2 weeks ago
  • temerity
    Royalti buku Teme Abdullah
    6 years ago
  • Tinta Hati Seorang Hamba
    Follow These Tips For The Lowest Car Insurance
    7 years ago
  • Greennn Inspiration
    [Review] The World is a Dark and Lovely Place
    7 years ago
  • j o e l ' s
    Meeting Fifth Harmony LIVE in Concert!
    8 years ago
  • Nabila Medan
    Baju Raya Borong Malaysia ( dijamin MURAH! )
    8 years ago
  • ◕‿◕Teratak fiQ'Ra◕‿◕
    Jual Es Krim Murah Full Susu, Harga Mulai 1500 Per Piece
    9 years ago
  • ^^Naskah Cinta Buat Rasulullah^^
    ramadhan : bagaimana kita?
    9 years ago
  • Kamil Kata
    The Culling (2015)
    10 years ago
  • fiQ'Ra Episod 2
    Romeo and Juliet (2013)
    11 years ago
  • Niahix_01
    :: Rasa macam bos sejenak ::
    12 years ago
  • Butik fiQ'Ra
    Inner Bawal Comel Dan Murah ♥
    13 years ago
  • Afiq (fiQRa)
    rahsia Aku
    13 years ago
  • THIS IS MY VOICE
    MANIA!!!!!
    14 years ago
  • ::.~JoUrNeY Of a DaI'e~.::
  • belog izamin
  • Tatkala Kamu Di Duniaku
  • Love GBM
  • Nia Lidia ♥
  • Ordinary Hanifah



All Right Reserved By Eisya_Nur-2012