"Murid-murid,kurang 3 bulan dari sekarang kita akan menghadapi PMR.Jadi,cikgu harap kamu semua dapat buat persiapan yang rapi.Tumpukan sepenuh perhatian kamu kepada pelajaran sekarang ini.Jangan asyik fikir pasal benda lain.Faham semua?"
Anggukan berkali-kali oleh murid-murid melegakan hati Puan Sarah.Dia yakin bahawa pelajar pelajarnya sudah membuat persiapan sebaik mungkin untuk menghadapi PMR.
Puan Sarah perasan bahawa Farhana seperti tidak mendengar kata-katanya.Kelihatan dia termenung jauh.Sesekali kedengaran Ana mengeluh seperti memikirkan masalah negara.
"Ana,kenapa dengan awak ni?Saya tengok awak asyik termenung je.Kadang-kadang mengeluh macam ada masalah besar je.Awak takde ape-ape yang nak diceritakan kepada saya ke?"tegur Puan Sarah sewaktu melintasi meja Farhana untuk keluar.
"Err....takde ape-ape cikgu.Saya termenung fikir pasal peperiksaan tu je.Cikgu jangan risau pasal saya ye."Ana cuba berdalih dengan gurunya.
"Baiklah kalau awak takde ape-ape yang nak diceritakan kepada saya.Pasal peperiksaan tu,saya percaya awak boleh asalkan awak sentiaa concentrate pada pelajaran awak.Awak salah seorang pelajar harapan di sekolah ni.Jadi,tolong jangan hampakan cikgu dan semua warga sekolah ni."
Puan Sarah berlalu keluar sejurus berkata kepada Ana.Dia yakin anak muridnya itu mampu menghadapi peperikssan kali ini seperti sebelumnya.Pelajar yang sering cemerlang dalam semua aspek pelajaram,ko-kurikulum,dan juga sahsiah itu sering menadi contoh buat semua murid-murid di sekolah.
Ana termangu-mangu apabila Puan Sarah berlalu behitu saja.Jauh di sudut hatinya dia sedih kerana terpaksa berbohong dengan guru kelasnya yang selam ini sudah dianggap seperti ibunya sendiri.Segala masalah Ana sering luahkan kepada gurunya itu.
"Ana!Ana!".Syuhadah melambai-lambaikan tangannya di hadapan Farhana.Ternyata Farhana terkejut dengan tindakan Syuhadah.
"Awak mengelamun lagi ye Ana?Kenapa ni?Apa sebenarnya masalah awak?Risau saya tengok awak macam ni."Syuhadah tidak putus-putus memujuk Farhana menceritakan perkara sebenar kepadanya.Dia tahu sahabatnya kini sedang menyembunyikan seseatu yang amat besar dengannya.
"Adah sayang.Saya okei je la.Mungkin penat sikit.Akhir-akhir ni saya sering berjaga malam.Sebab tu je.Awak jangan risau pasal saya ye."Bahu Syuhadah dipegang kejap.Ingin meyakinkan sahabatnya agar tudak mencurigainya lagi.
"Dahlah Ana.Malas saya nak layan awak ni.Kalau tak nak beritahu,takpelah.Saya tak kisah.Siapa la saya pada awak kan?Cuma kawan yang nak jaga tepi kain orang je."Syuhadah ingin berlalu tetapi tangannya pantas ditarik Farhana.
"Adah,please.Jangan cakap macam tu.Awak sahabat saya dunia akhirat.Saya tak nak awak cakap macam tu lagi.Kita kan sahabat.Betul,saya takde ape-ape masalah.Okei,saya janji kalau saya ade ape-ape masalah,saya akan beritahu awak."
Ana mengangkat tangan kanannya lagak orang berikrar sementara tangan kirinya mengangkat tabik kepada Syuhadah.
Tercuit hati Syuhadah dengan gelagat keanakan Farhana.Temannya itu memang genius bab-bab melawak.Ada sahaja lawaknya yang mencuit hati sesiapa yang melihatnya.
"Awak ni memang pandai nak pujuk saya kan.Baiklah,saya percaya kata-kata awak kali ni.Eh,ape kata petang ni kita buat study group.Peperiksaan dah nak dekat."Usul Syuhadah kepada Farhana.
"Maaf Adah.Petang ni tak boleh.Saya ade hal sikti nak buat dekat rumah.Saya nak cepat ni.Pergi dulu ye,Adah.Assalamualaikum."Tergesa-gesa Farhana meninggalkan Syuhadah yang terpinga-pinga.
Tergeleng-geleng Syuhadah melihat telatah Farhana.Semoga awak dapat selesaikan apa jua masalah awak Ana,doa Syuhadah di dalam hatinya.
nantikan smbungan novel onlina-HADIAH UNTUK IBU (bab 5)
yang menulis,
eisya_nur. :D
SuKE eNtRy InI?kLiH lIke Ye! ^_^